Skip to main content

APAKAH KETUAT KEMALUAN DAN RISIKONYA!

TAHUKAH ANDA TENTANG KETUAT KEMALUAN @ GENITAL WARTS INI!!! BACALAH UNTUK PENGETAHUAN ANDA .... >> SHARING IS CARING <<

Saya terpanggil untuk berkongsi tentang treatment di Toscana Medi Clinic ini kerana pengetahuan asas tentang virus ini masih ramai yang tidak tahu cara untuk menanganinya & dari statistik perubatan ramai orang kita yang dijangkiti tapi berdiam diri KERANA MALU & TAKUT untuk berjumpa dengan doktor. Biarlah saya membuat sedikit kupasan bagi pemahaman untuk semua.

Ketuat yang tumbuh pada alat kelamin dipanggil ketuat kelamin. Ketuat kelamin adalah sejenis penyakit kelamin. Dalam terma perubatan, keadaan ini dikenali sebagai genital wart (condyloma, condylomata acuminata, venereal wart). Ia sejenis ketumbuhan kecil dan benigna kulit (sering kali keras), pada dubur dan alat kelamin. Sudahlah ia tumbuh kecil-kecil, ada yang kelihatan sedikit menonjol (seperti bengkak atau benjol) dan ada juga yang rata, berwarna seakan-akan kulit, tidak ketara hingga tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Sesetengahnya pula langsung tidak menunjukkan gejala walaupun telah dijangkiti. Ini mungkin berukuran garis pusat (diameter) daripada sekecil-kecil 1-2 millimeter.

Ketuat kelamin adalah salah satu daripada penyakit yang ditularkan melalui hubungan kelamin (sexually transmitted disease-STD), yang paling biasa terjadi. Ketuat kelamin menghinggapi tisu-tisu lembap pada bahagian alat sulit seseorang, baik lelaki, wanita atau kanak-kanak. Ia disebarkan oleh virus Human Papillomavirus (HPV) yang sangat mudah berjangkit, menjangkiti permukaan atas kulit. Penyakit ketuat kelamin tersebar melalui sentuhan langsung dari kulit ke kulit ketika melakukan hubungan seks melalui faraj, dubur atau secara oral dengan seseorang yang telah pun dijangkiti penyakit tersebut.

Gejala ketuat kelamin mula kelihatan dalam tempoh sekurang-kurangnya tiga minggu selepas mengadakan hubungan seks dengan seseorang yang telah dijangkiti penyakit ini. Oleh kerana tempoh pengeraman yang agak panjang, kadangkala gejala hanya akan kelihatan dalam tempoh beberapa bulan atau tahun dan adakalanya ia tidak kelihatan langsung.

HUMAN PAPILLOMA VIRUS & WARTS!!

Adakah anda tahu? Seks oral di kalangan wanita, ia boleh bersembunyi di dalam faraj, vulva (bibir faraj), antara alat kelamin dengan dubur atau pangkal rahim (serviks). Sementara itu, bagi lelaki, ketuat kelamin boleh bertempat di lubang zakar, skrotum (buah zakar) atau dubur. Keadaan ini boleh dihidapi di dalam mulut atau tekak sekiranya seseorang itu melakukan seks oral dengan mereka yang telah dijangkiti.

Walaupun ketuat kelamin boleh dirawat dengan ubat-ubatan mahupun pembedahan, namun ia tetap menjadi satu masalah kesihatan yang serius.

Ujian ini dilakukan oleh seorang pekerja kesihatan sama ada doktor atau jururawat di mana pemeriksaan dalaman dibuat. Sedikit calitan pada pangkal rahim (serviks) diambil dan dihantar ke makmal untuk mengkaji sel-sel sama ada normal atau tidak. Tujuan ujian ini adalah sebagai saringan bagi sesuatu populasi wanita untuk kanser atau prakanser serviks, agar wanita yang terlibat akan mendapat rawatan awal dan berkesan.
Terdapat beberapa gejala ketuat kelamin yang berbentuk bengkakan halus, berwarna kelabu, merah jambu dan kemerahan. Ada yang hitam atau gelap dan boleh membesar dengan pantas. Ketuat boleh tumbuh bersendirian atau banyak. Beberapa ketuat yang tumbuh berhampiran di antara satu sama lain boleh membentuk bunga kubis. Simptom ini boleh menyebabkan rasa gatal, panas membakar di sekitar alat kelamin, rasa tidak selesa, sakit atau berlaku pendarahan semasa melakukan hubungan seks.
Cegah sebelum terlambat!
#marcusosmandofficial
#genitalwartpreventioninfo
#toscanamediclinic

Comments

Popular posts from this blog

ASAM PEDAS RIMBA TERJUN DI PONTIAN JOHOR

ASAM PEDAS, RIMBA TERJUN DI PONTIAN JOHOR Tak sia-sia memandu sejauh 45kilometer untuk foodhunting session hari ini. Dengan cuaca yang panas KETIBAS, Abam sempat juga singgah di Asam Pedas Belanga Rimba Terjun, Daerah Pontian Kechil Johor seperti yang diWAR-WARkan ini.  Bertambah-tambah nasi Abam, makan pulak Asam Pedas Ikan Mayong Daun Kesum + Labu Masak Lemak + Paru Goreng Berlada & Pucuk Ubi... Memang terangkatlah makan kat sini!! Korang klu berpeluang datang ke Pontian Kechil Johor ini, jangan lupa singgah untuk merasai Asam Pedas Belanga yang terangkat ini... #MarcusOsmandOfficial #AsamPedasJohor #JenjalanCarikMakan #AbamOrangJohor #SocialMediaInfluencer #IgerMalaysia

KL BIRD PARK - HORNBILL RESTAURANT & CAFE

HORNBILL RESTAURANT & CAFE @ KL BIRD PARK Food Review Untuk pengetahuan anda, semasa Abam berkunjung ke Taman Burung Kuala Lumpur, ada sebuah restoran yang dikenali sebagai Hornbill Restaurant & Cafe, yang menyediakan makanan yang sangat enak seperti yang diberitahu oleh teman-teman media. Abam kebetulan menghabiskan beberapa jam di Taman Burung dan waktu makan tengah hari semakin dekat, jadi kami tidak melepaskan peluang untuk mencubanya sendiri. Sebenarnya anda masih bole h makan di restoran ini walaupun tanpa menjadi pelawat di taman burung. Terdapat dua pintu masuk, satu menghadap jalan dan satu lagi dari dalam taman. Abam sempat mencuba beberapa hidangan yang disediakan oleh pihak Hornbill Restaurant ini, ternyata rasa & penyediaan makanan mereka sangatlah boleh Abam katakan yang TERBAIK. Di lain kesempatan Abam akan cuba kongsikan dengan lebih banyak hidangan, Insyaallah itupun jika masih berpeluang kesini. Apa yang pasti anda akan sukakan Hornbill Restoran...

ASAM PEDAS MERECIK DI UKAY BESTARI, KUALA LUMPUR

ASAM PEDAS MERECIK DI UKAY BESTARI, KUALA LUMPUR Abam menjamu selera di Kantin - asam Pedas yang berlokasi di Ukay Perdana tengahari tadi!! Excited & lapar sangat sampai tak sempat nak shoot makanan. Kemain selera Abam, siap tambah nasi lagi tau. Untuk pengetahuan uolls Ikannya dimasak segar diatas jenis ikan apa yang diinginkan pelanggan & seriously they never fail me setiap kali Abam datang! Sempat juga bergambor dengan tokey besor Kantin Asam Pedas yang friendly dengan wajah yang tak lekang dek senyu man. Siapa yang tak kenal dengan Kak Roslin Abu Hassan yang dulunya seorang Manager yang sangat disenangi di Isetan Kuala Lumpur, yang kemudiannya mengorak langkah mengusahakan Kantin ini bersama keluarganya. Actually Abam nak bagi 10 Stars, dah tu Stars nya sampai 5 je. nak buat camner kan!! So guys, its a highly recommended place if you craving for Asam Pedas. Uolls akan setuju dgn Abam bila uolls rasa sendiri! Jom... Ini abam kongsikan alamat ke Kanti...