Skip to main content

CITARASA MALAYSIA. FEDERAL HOTEL KUALA LUMPUR


Indah malam kerana bintang,
Indah taman kerana bunga,
Indah hidup kerana silaturahim,
Indah Ramadhan kerana Ibadah...


Assalamualaikum! 


Seperti tahun-tahun sebelumnya, destinasi bufet ramadan adalah seperti satu kemestian bagi warga kuala lumpur untuk berbuka puasa. Tak kiralah bersama sahabat, rakan sekerja, keluarga mahupun yang tersayang. Bagi yang masih sedang tercari-cari lokasi berbuka puasa yang moden tapi masih mengekalkan keenakan masakan melayu, mungkin anda boleh mencubanya di salah satu hotel yang sangat dikenali bagi warga kota iaitu The Federal Kuala Lumpur. 





Kanda berkesempatan hadir dan mencubanya sendiri, ternyata masakannya sangat hebat, enak dan rata-rata yang hadir mengiyakan mutu rasa serta kualiti masakan bufet ramadan di Kontiki Restoran yang berlokasi di The Federal Kuala Lumpur ini.









Kontiki Restaurant di the Federal Kuala Lumpur ini menyediakan lebih dari 100 juadah dan makanan ala kampung untuk pilihan ramai dan ini sangat menepati tema bufet dinner di The Federal Kuala Lumpur iaitu, "CITARASA MALAYSIA".








Pelbagai seleksi makanan yang menarik juga disajikan khas untuk pengunjung di Kontiki Restaurant ini bersempena dengan bulan ramadan al-mubarak ini.











Suasana malam prebiu di The Federal Kuala Lumpur diserikan lagi dengan kehadiran anak-anak daripada Pusat Jagaan Kasih Murni. Selain berbuka puasa, mereka juga diberikan duit raya dan juga cenderahati dari the Federal Kuala Lumpur.







Bagi anda yang masih tercari-cari destinasi menarik untuk berbuka puasa, semestinyalah di Kontiki Restaurant ini yang paling berbaloi. Harga yang ditawarkan cukup berpatutan iaitu RM148 net bagi dewasa, RM48 net bagi kanak-kanak dan RM74 net bagi warga emas. Berita baik buat ahli Gracious Rewards, FHI Privilege Club dan pemegang kad MAS ENRICH dimana anda boleh mendapatkan harga isitimewa iaitu RM85 net/dewasa. 


Bufet Ramadan "Citarasa Malaysia' di Kontiki restaurant ini bermula daripada pukul 7 malam hingga pukul 9.30 malam sepanjang bulan Ramadan ini. 


Anda juga boleh menghubungi talian 03-21489166 untuk tempahan dan pertanyaan atau anda boleh terus layari laman rasmi Kontiki Restaurant dan The Federal Kuala Lumpur untuk informasi. 


Akhir kata terimalah serangkap pantun dari kanda #MarcusOsmandOfficial


Sungguh harum sidaun Pandan,
Buah kurma dari Mekah,
Marhaban ya Ramadhan,
Bulan suci penuh Berkah.


Selamat Berpuasa & Selamat Hari Raya.





WEBSITE

FACEBOOK

INSTAGRAM




The Federal Hotel Kuala Lumpur
35, Bukit Bintang Street,
 Bukit Bintang, 
55100 Kuala Lumpur,
 Federal Territory of Kuala Lumpur




Comments

Popular posts from this blog

ASAM PEDAS RIMBA TERJUN DI PONTIAN JOHOR

ASAM PEDAS, RIMBA TERJUN DI PONTIAN JOHOR Tak sia-sia memandu sejauh 45kilometer untuk foodhunting session hari ini. Dengan cuaca yang panas KETIBAS, Abam sempat juga singgah di Asam Pedas Belanga Rimba Terjun, Daerah Pontian Kechil Johor seperti yang diWAR-WARkan ini.  Bertambah-tambah nasi Abam, makan pulak Asam Pedas Ikan Mayong Daun Kesum + Labu Masak Lemak + Paru Goreng Berlada & Pucuk Ubi... Memang terangkatlah makan kat sini!! Korang klu berpeluang datang ke Pontian Kechil Johor ini, jangan lupa singgah untuk merasai Asam Pedas Belanga yang terangkat ini... #MarcusOsmandOfficial #AsamPedasJohor #JenjalanCarikMakan #AbamOrangJohor #SocialMediaInfluencer #IgerMalaysia

KL BIRD PARK - HORNBILL RESTAURANT & CAFE

HORNBILL RESTAURANT & CAFE @ KL BIRD PARK Food Review Untuk pengetahuan anda, semasa Abam berkunjung ke Taman Burung Kuala Lumpur, ada sebuah restoran yang dikenali sebagai Hornbill Restaurant & Cafe, yang menyediakan makanan yang sangat enak seperti yang diberitahu oleh teman-teman media. Abam kebetulan menghabiskan beberapa jam di Taman Burung dan waktu makan tengah hari semakin dekat, jadi kami tidak melepaskan peluang untuk mencubanya sendiri. Sebenarnya anda masih bole h makan di restoran ini walaupun tanpa menjadi pelawat di taman burung. Terdapat dua pintu masuk, satu menghadap jalan dan satu lagi dari dalam taman. Abam sempat mencuba beberapa hidangan yang disediakan oleh pihak Hornbill Restaurant ini, ternyata rasa & penyediaan makanan mereka sangatlah boleh Abam katakan yang TERBAIK. Di lain kesempatan Abam akan cuba kongsikan dengan lebih banyak hidangan, Insyaallah itupun jika masih berpeluang kesini. Apa yang pasti anda akan sukakan Hornbill Restoran...

ASAM PEDAS MERECIK DI UKAY BESTARI, KUALA LUMPUR

ASAM PEDAS MERECIK DI UKAY BESTARI, KUALA LUMPUR Abam menjamu selera di Kantin - asam Pedas yang berlokasi di Ukay Perdana tengahari tadi!! Excited & lapar sangat sampai tak sempat nak shoot makanan. Kemain selera Abam, siap tambah nasi lagi tau. Untuk pengetahuan uolls Ikannya dimasak segar diatas jenis ikan apa yang diinginkan pelanggan & seriously they never fail me setiap kali Abam datang! Sempat juga bergambor dengan tokey besor Kantin Asam Pedas yang friendly dengan wajah yang tak lekang dek senyu man. Siapa yang tak kenal dengan Kak Roslin Abu Hassan yang dulunya seorang Manager yang sangat disenangi di Isetan Kuala Lumpur, yang kemudiannya mengorak langkah mengusahakan Kantin ini bersama keluarganya. Actually Abam nak bagi 10 Stars, dah tu Stars nya sampai 5 je. nak buat camner kan!! So guys, its a highly recommended place if you craving for Asam Pedas. Uolls akan setuju dgn Abam bila uolls rasa sendiri! Jom... Ini abam kongsikan alamat ke Kanti...