Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2019

CITARASA MALAYSIA. FEDERAL HOTEL KUALA LUMPUR

Indah malam kerana bintang, Indah taman kerana bunga, Indah hidup kerana silaturahim, Indah Ramadhan kerana Ibadah... Assalamualaikum!  Seperti tahun-tahun sebelumnya, destinasi bufet ramadan adalah seperti satu kemestian bagi warga kuala lumpur untuk berbuka puasa. Tak kiralah bersama sahabat, rakan sekerja, keluarga mahupun yang tersayang. Bagi yang masih sedang tercari-cari lokasi berbuka puasa yang moden tapi masih mengekalkan keenakan masakan melayu, mungkin anda boleh mencubanya di salah satu hotel yang sangat dikenali bagi warga kota iaitu  The Federal Kuala Lumpur.  Kanda berkesempatan hadir dan mencubanya sendiri, ternyata masakannya sangat hebat, enak dan rata-rata yang hadir mengiyakan mutu rasa serta kualiti masakan bufet ramadan di Kontiki Restoran yang berlokasi di The Federal Kuala Lumpur ini. Kontiki Restaurant di the Federal Kuala Lumpur ini menyediakan lebih dari 100 juadah dan makanan ala kampung untuk pilihan ramai dan ini s