Skip to main content

KEENAKKAN DIM SUM DI RESTORAN MANDARIN PALACE HOTEL FEDERAL KUALA LUMPUR

Aroma yang sangat menyelerakan dalam suasana restoran yang hebat!!
Lokasi bersantap untuk hujung minggu anda...

Rasailah kelembutan Dim Sum yang enak dengan kepelbagaian menu yang direka khas, dimasak dalam pelbagai cara yang mencerminkan tradisi yang tak luput dek zaman.

Mandarin Palace Restoran ini masih mengekalkan ukiran kayu cina yang sangat mengagumkan dengan pelbagai corak dan rekabentuk seperti; naga, burung merak, bunga teratai, ketuhanan, kanak-kanak dan juga kaligrafi cina. Kekayaan tradisi cinanya masih kelihatan utuh sehingga kini dimana masih boleh dilihat dari senibina tiang, dinding dan juga silingnya. Untuk pengetahuan anda Mandarin Palace Restoran ini sahajalah yang masih kekal dengan senibina, suasana dan sejarah sebegini di Kuala Lumpur.



DIM SUM:
Shrimp Dumpling (Har Kao), Siew Mai Dumpling, Teochew Dumpling, Shark's Fin Dumpling, Mushroom Dumpling, Crab Claw Dumpling, Sweet & Sour Dumpling, Curry Dumpling, Black Pepper Dumpling, Thai Style Dumpling, Otak-Otak Dumpling, Seaweed Dumpling, Crystal Dumpling, Scallop Dumpling.





Kepelbagaian Dim sum untuk pilihan anda.












COLD  CUT & SALAD:
Chinese Cold Cut x 5
Plain Salad x 6
Dressing


Serba sedikit latar belakang pencapaian Mandarin Palace Restoran, Federal Hotel Kuala Lumpur:

  • Tersenarai kategori "Restoran Tercantik" didalam Majalah Flavours May-July 2007 (Edisi Malaysia)
  • Penerima Malaysia Tatler's Award untuk Restoran Terbaik Malaysia tahun 1997, 2002, 2003, 2004 & 2005.
  • Penerima C.E.M Asia Award untuk Restoran Terbaik Malaysia tahun 1977.



Restoran ini dengan rasminya dibuka pada 28hb Ogos 1957 sempena meraikan Hari Kemerdekaan Malaysia. satu-satunya Restoran Cina yang penuh dengan orang-orang kenamaan dan Diplomat negara yang hadir untuk meraikan Hari Kemerdekaaan Malaysia pada 31hb Ogos 1957 itu.



SABTU & AHAD
RM48.00 nett (Dewasa)
RM39.00 nett (Kanak-Kanak/Warga Emas)

OPERATION HOUR : 
Lunch - 9.00am to 2.30pm
Dinner - 6.30pm - 10.30pm




MANDARIN PALACE RESTORAN

2nd Floor, The Federal Kuala Lumpur 
35, Jalan Bukit Bintang 
55100 Kuala Lumpur 
+603-21489166
(Direct line) +603-21488744

Comments

Popular posts from this blog

ASAM PEDAS RIMBA TERJUN DI PONTIAN JOHOR

ASAM PEDAS, RIMBA TERJUN DI PONTIAN JOHOR Tak sia-sia memandu sejauh 45kilometer untuk foodhunting session hari ini. Dengan cuaca yang panas KETIBAS, Abam sempat juga singgah di Asam Pedas Belanga Rimba Terjun, Daerah Pontian Kechil Johor seperti yang diWAR-WARkan ini.  Bertambah-tambah nasi Abam, makan pulak Asam Pedas Ikan Mayong Daun Kesum + Labu Masak Lemak + Paru Goreng Berlada & Pucuk Ubi... Memang terangkatlah makan kat sini!! Korang klu berpeluang datang ke Pontian Kechil Johor ini, jangan lupa singgah untuk merasai Asam Pedas Belanga yang terangkat ini... #MarcusOsmandOfficial #AsamPedasJohor #JenjalanCarikMakan #AbamOrangJohor #SocialMediaInfluencer #IgerMalaysia

KL BIRD PARK - HORNBILL RESTAURANT & CAFE

HORNBILL RESTAURANT & CAFE @ KL BIRD PARK Food Review Untuk pengetahuan anda, semasa Abam berkunjung ke Taman Burung Kuala Lumpur, ada sebuah restoran yang dikenali sebagai Hornbill Restaurant & Cafe, yang menyediakan makanan yang sangat enak seperti yang diberitahu oleh teman-teman media. Abam kebetulan menghabiskan beberapa jam di Taman Burung dan waktu makan tengah hari semakin dekat, jadi kami tidak melepaskan peluang untuk mencubanya sendiri. Sebenarnya anda masih bole h makan di restoran ini walaupun tanpa menjadi pelawat di taman burung. Terdapat dua pintu masuk, satu menghadap jalan dan satu lagi dari dalam taman. Abam sempat mencuba beberapa hidangan yang disediakan oleh pihak Hornbill Restaurant ini, ternyata rasa & penyediaan makanan mereka sangatlah boleh Abam katakan yang TERBAIK. Di lain kesempatan Abam akan cuba kongsikan dengan lebih banyak hidangan, Insyaallah itupun jika masih berpeluang kesini. Apa yang pasti anda akan sukakan Hornbill Restoran...

ASAM PEDAS MERECIK DI UKAY BESTARI, KUALA LUMPUR

ASAM PEDAS MERECIK DI UKAY BESTARI, KUALA LUMPUR Abam menjamu selera di Kantin - asam Pedas yang berlokasi di Ukay Perdana tengahari tadi!! Excited & lapar sangat sampai tak sempat nak shoot makanan. Kemain selera Abam, siap tambah nasi lagi tau. Untuk pengetahuan uolls Ikannya dimasak segar diatas jenis ikan apa yang diinginkan pelanggan & seriously they never fail me setiap kali Abam datang! Sempat juga bergambor dengan tokey besor Kantin Asam Pedas yang friendly dengan wajah yang tak lekang dek senyu man. Siapa yang tak kenal dengan Kak Roslin Abu Hassan yang dulunya seorang Manager yang sangat disenangi di Isetan Kuala Lumpur, yang kemudiannya mengorak langkah mengusahakan Kantin ini bersama keluarganya. Actually Abam nak bagi 10 Stars, dah tu Stars nya sampai 5 je. nak buat camner kan!! So guys, its a highly recommended place if you craving for Asam Pedas. Uolls akan setuju dgn Abam bila uolls rasa sendiri! Jom... Ini abam kongsikan alamat ke Kanti...