HORNBILL RESTAURANT & CAFE @ KL BIRD PARK Food Review Untuk pengetahuan anda, semasa Abam berkunjung ke Taman Burung Kuala Lumpur, ada sebuah restoran yang dikenali sebagai Hornbill Restaurant & Cafe, yang menyediakan makanan yang sangat enak seperti yang diberitahu oleh teman-teman media. Abam kebetulan menghabiskan beberapa jam di Taman Burung dan waktu makan tengah hari semakin dekat, jadi kami tidak melepaskan peluang untuk mencubanya sendiri. Sebenarnya anda masih bole h makan di restoran ini walaupun tanpa menjadi pelawat di taman burung. Terdapat dua pintu masuk, satu menghadap jalan dan satu lagi dari dalam taman. Abam sempat mencuba beberapa hidangan yang disediakan oleh pihak Hornbill Restaurant ini, ternyata rasa & penyediaan makanan mereka sangatlah boleh Abam katakan yang TERBAIK. Di lain kesempatan Abam akan cuba kongsikan dengan lebih banyak hidangan, Insyaallah itupun jika masih berpeluang kesini. Apa yang pasti anda akan sukakan Hornbill Restoran